Sunday 1 May 2011

Hikmah Bosan

Di saat semua orang pulang ke tempat kerja bagi menyambung kembali kegiatan mencari nafkah setelah pulang ke kampung halaman sempena hari pekerja, burung-burung berkicauan pun turut meraikan cuti hari pekerja dengan pergi ke disko dan kelab-kelab malam sekitar melaka, unggas-unggas di hutan pulang bersama-sama bag deuter, karrimor, vertikal dan lain-lain. Mereka telah pun melakukan aktiviti pergi dan pulang. Tetapi aku masih lg di sini. Tidak melakukan aktiviti pergi dan pulang kerana aku tak tahu ke mana-mana. Final exam telah pun aku setelkan. Bermakna aku telah layak menghidupkan enjin honda civic wave100 aku pergi ke melaka sentral dan beli tiket untuk pulang ke desa halaman. Tetapi apakan daya, faktor kesengkekkan telah menghalang semua kejadian ini berlaku. Aku terpaksa menikmati kehidupan sebagai seorang jejaka boring untuk beberapa hari. Duduk dalam bilik keseorangan bagaikan labi-labi yang single. Roomate aku telah membawa fizikal dan mentalnya ke muar.

aku boring ok..

Setelah boring dengan kegiatan boring itu, maka aku pun cuba menggunakan teknologi yang disediakan oleh sony ericsson dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh maxis bg membolehkan aku berkomunikasi dengan sifu-sifu aku. Lagi pun memang aku nak mesej depa sebab dekat seminggu aku tak lepak, borak, sembang kencang ngan depa gara-gara serangan final exam yang telah menolak aku ke lautan study(tapi study pun macam pelaq). Tetapi nasib baik awal-awal lagi big boss dah dapat berita dekat fesbuk bahawa aku telah tamatkan penderitaan di semester ini. Kemudian aku cuba untuk mengesan big sis pula. Big sis memberi tindak balas melalui alat komunikasinya lalu menyatakan beliau masih di desa halaman dan akan pulang keesokan hari. Kemudian big sis senyap begitu sahaja. Mungkin big sis takdak kredit nak reply. Ataupun beliau sedang sibuk. Ataupun mungkin big sis sgt sibuk dan aku telah mengganggu beliau. "sorry encik akak, din takdak niat pun nak mengganggu". Setelah semua kejadian yang tersenarai di atas berlaku, aku pun bertekad untuk membayar balik semua waktu tidoq semalam. Ya la, nk memperjuangkan last paper kan. Haha (macam pelaq la hang din,bajet pelajar cemerlang). Maka tertidurlah sang kancil dengan nyenyaknya tanpa diganggu oleh sang harimau dan sang buaya.
zzzzzzzzzzzzzzzzz........


Siang sudah lama berlalu, dan malam semakin pekat. Boring masih lagi tetap dengan pendiriannya, tidak mahu berganjak pergi walau selangkah. Pada malam itu juga aku try mengajak encik fesbuk dan alunan muzik dendangan metallica sebagai percubaan untuk menghalau boring dari bilik kebal aku ini. Setelah itu, aku cuba pula menggunakan teknik serangan youtube, iaitu tengok maharajalawak. Aku ketawa, hahaha. Lalu hatiku berkata, siaran maharajalawak patut tukaq kepada maharajabiawak. Buat lawak macam haram. Tapi nasib baik la ada jugak yang buat lawak menjadi. Yang tak lawak tu terima je la jari hantu aku seadanya. kahkahkah

"pungkoq hang la ahmad chong. Buat ayat skema macam haram"

"haha. Takpa la, dah boring kan. Nak buat macam mana. Nasib la sapa yang baca entry ni kahkahkah"

setelah penat melayankan boring, aku pun packing-packing barang. "rock tak packing barang malam-malam?",hahaha. Barang aku banyak gila ok. Tak larat aku nak kemas. Tu belum tengok lagi barang-barang outdoor. Jadi, aku kemas la yang mana patut dulu. Tengah-tengah dok feeling kemas-kemas barang, aku rasa macam nak balik umah mak menakan aku kat selandar la pulak. "hampa toksah la buat2 paham mak menakan tu apa kalau hampa bukan orang utara. Mak menakan tu mak sedara la" So,aku asing-asingkan la mana yang nak bawak p selandar.

maka bergeraklah sang kancil ke selandar pada 4:30 ptg keesokan harinya.....

Kat sana aku takdak geng sebenaqnya. Tapi kira ok la dari aku dok lam bilik kebal aku sorang-sorang. Nasib baik la masa aku balik tu semua sepupu aku ada. Kebetulan sepupu aku sorang tu bawak balik member dia tidoq umah. Jadi meriah la sket. Sepupu aku pompuan ok, mesti la dia bawak balik member pompuan. Haha. Mesti hampa ingat aku otak jahat kan. Takdak aih. Aku buat rilek ja. Takdak nak ngorat-ngorat ka, kontrol hensem ka. Tobat takdak. Aku ingat lagi pesanan big sis,buat rilek sudah. n tenang baru orang respek. Tapi aku tak harap pun depa nak respek. Sepupu aku ja pun, n member sepupu..

Malam tu lepas balik kenduri aku duduk la lepak depan tv. Tengah aku lepak tu tepon aku bunyi. Aku tengok tepon. HAHAHAHAHA. Aku rasa bes gila kot. Big boss aku tepon. Maybe dia nak ajak lepak kot. Bincang pasai misi rahsia kami. Paihtu  dia habaq big sis pun ada skali gak. HAHAHAHA. Aku jadi bes gila sebanyak 2 kali. Big sis dah balik melaka. Sayangnya, aku takleh nak join depa di malam ini. Tapi takpa, hari esok masih ada.

esok ada meeting marching band pukul 3 ptg kat kampus..jadi aku bajet lepas meeting tu aku terus cari big sis..paihtu p kat big bos..hahahaha

ALHAMDULILLAH....

 Misi semakin hampir. Tapi harap-harap misi rahsia ni menjadi la. Kalau ada rezeki, dapat la aku cari tiket nak balik kediaman rasmi aku.

after complete this secret mission, i wanna get my ass from here..

0 org mencarut:

Post a Comment